Monday, June 15, 2009

AMOOREA BAR CUKUP ISTIMEWA

Salam Sejahtera !

Hari ini saya ingin berkongsi tentang apakah yang menyebabkan Amoorea Real Moor Beauty Bar cukup istimewa. Sabun Amoorea ini bukan sebarang sabun biasa malah ia penuh dengan rahsia rawatan untuk penyakit kulit.

Amoorea Real Moor Beauty Bar mengandungi kandungan aktif seperti Heilmoor , Hydration MicroAlgae , Ekstrak Tumbuhan Licorice dan Tea Tree Leaf Oil.

MOOR ialah sejenis lumpur yang berasal dari Austria dan ianya kaya dengan nutrien. Moor telah terbentuk sejak zaman ais lagi. Doktor-doktor di Eropah biasa menggunakan produk rawatan Moor dan juga memperkenalkannya dalam rawatan kulit yang bengkak , radang dan bernanah serta penyakit yang berkenaan dengan usus atau atritic. Sekarang , kebanyakkan hospitak di Jerman dan Austria telah menyediakan kelengkapan rawatan Moor dan juga pekerja yang terlatih.

Beratus-ratus sebatian herba organik , unsur surih , hormon tumbuhan , antibiotik semulajadi dan bahan aktif lain bergabung untuk menghasilkan satu-satunya kejaiban alam semulajadi yang dinamakan MOOR yang tebal dan kaya dengan nutrien.

Kebaikan Moor - kaya dengan minyak perahan tumbuhan , asid lemak dan lipid yang wujud secara semula jadi. Tidak seperti apa yang bukan asli atau ditaruhkan dalam kebanyakkan kosmetik oleh manusia. Kajian telah menunjukkan bahawa :

. Ia meresap dengan mudah ke dalam lapisan kulit , mengekalkan keseimbangan pH semula jadi kulit dan mempertingkatkan aliran darah ke kulit.

. Kulit dapat mengalami detoksifikasi , pembersihan , penyegaran semula oleh nutrien aktif organik dan bukan organik yang boleh larut.

. Ia telah melalui kajian klinikal dan didapati bahawa ia tidak akan mengakibatkan alahan. Malah juga sesuai dan memanfaatkan semua jenis kulit. Ia juga menyenangkan kita kerana tidak perlu mengguna pelbagai jenis krim penjagaan kulit.

H-ma Factor ( mikroalga)

H-ma Factor ( mikroalga) merupakan satu rumusan ramuan-ramuan aktif semulajadi yang unik. H-ma dapat memulih dan melindungi kulit secara aktif , bahan yang merengaskan dan bahan pencemar dari luar serta H-ma menembusi kulit secara lebih mendalam dan menghidratkan kulit secara berterusan.

Dengan AMOOREA ia dapat membantu :

Penghidratan Yang Optimum
Pembaharuan Sel
Detoksifikasi
Mewujudkan Keserian
Menjadikan Kulit Lebih Anjal
Pembentukan Semula Collagen

Ekstrak Licorice pula bertindak sebagai anti-inflamantry dan sebagai pencerah semula jadi.

Jesteru itu , mengapa kami menyarankan anda menggunakan AMOOREA kerana ia dicipta secara semula jadi bersumberkan kekayaan alam semesta. AMOOREA akan bertindak sebagai pembersih dan pencerah disamping dapat membuang toksin didalam kulit serta merawat kulit yang bermasalah. Tidak ada lagi kategori kulit berminyak dan kering.

Penggunaan 3 Minit seumpama anda telah mendapatkan rawatan kulit dan SPA...

Kini sesiapa sahaja boleh menggunakan Amoorea Real Moor Beauty Bar .

No comments:

Post a Comment